Sunday, 7 August 2016
Gum Arabic El-Nasr
|
Salam , Pembaca yang budiman.
Apa itu Arabic Gum?
Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal dan Acacia Sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di Negara Sudan. Acasia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia Seyal pula biasanya digunakan untuk industri-industri lain. Ada juga pendapat yang mengatakan terdapat tafsir Al Quran mengaitkan Al Manna yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 57 merupakan Gum Arabic. Di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu AbbasRadiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu AbbasRadiallahuanhu, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata.Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah.Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali sebagai gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic.
Arabic Gum bukanlah ubat. Ia merupakan makanan tambahan kesihatan yang baik di mana banyak membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita bagi yang istiqomah mengamalkannya. Kesan pemakanannya tidak semestinya akan nampak dalam masa sehari dua. Ia mungkin mengambil masa untuk sesuai dengan tubuh badan kita dan semuanya bergantung kepada izin Allah SWT.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelebihan Gum Arabic, bolehlah layari laman web di bawah mana untuk kita menambah ilmu pengetahuan tentang kebaikan Gum Arabic. http://www.ssig.gov.my/wp-content/uploads/2013/07/Scientists-reveal-new-uses-for-Gum-Arabic.pdf http://www.greenmedinfo.com/article/gum-arabic-may-alleviate-adverse-effects-chronic-kidney-failure http://m.ajcn.nutrition.org/content/63/3/392.abstract http://www.raysahelian.com/acaciagum.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17999333 https://ibnuabbas.wordpress.com/2010/05/04/tafsir-ayat-57-58-al-baqarah/ http://www.kidneyfailureweb.com/treatment/283.html http://jac.oxfordjournals.org/content/54/2/577.full http://www.healthline.com/natstandardcontent/acacia CARA PENGGUNAAN Gum Arabic El-Nasr
CARA PENGAMBILAN
Untuk orang dewasa yang ingin meningkatkan tahap kesihatannya dan menjadikan Gum Arabic ini sebagai makanan tambahan kesihatan untuk menghalang penyakit kronik di masa akan datang bolehlah mengambilnya sebanyak 2 sudu penuh untuk sehari. ( sesudu penuh lebih kurang 6 gram). Gum Arabic merupakan dalam bentuk serbuk yang mudah larut. Bancuhkannya dengan air kosong dan minum. Ianya boleh juga dicampurkan dengan sebarang minuman yang kita minum seperti kopi, susu kambing dan pelbagai minuman berperisa. Amat digalakkan dicampur sedikit madu ke dalam bancuhan jika kita membancuh nya dengan air kosong bagi memberikan rasa yang enak. Di samping itu kita akan dapat dua khasiat iaitu Gum Arabic dan madu.
Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, jantung, gout* dan pelbagai penyakit digalakkan mengambil Gum Arabic sebanyak 4 sudu sehari. Jika ingin mendapat kesan yang lebih baik amat digalakkan diambil lagi lebih 4 sudu penuh sehari. Bagi kanak2 pula, bolehlah di campurkan ke dalam bancuhan susu mereka sebanyak 1 sudu teh kecil sehari untuk permulaan. Dari masa ke semasa bolehlah ditingkatkan kuantiti yang diberikan bergantung kepada tahap kesihatan mereka dan kekerapan mereka diserang penyakit seperti demam, batuk, selesema serta penyakit-penyakit lain. Amat baik untuk ibu mengandung. Pastikan setiap ibu yang mengandung mengamalkan makan Gum Arabic supaya bayi didalam kandungan dapat khasiat dari pemakanan ibunya dan membawa kebaikan dalam pembesarannya di masa akan datang. |
![]() |
| Risi Yusoff |
P.S: Amalkan mengambil Gum Arabic El-Nasr (powder Mudah larut) dari sekarang untuk kebaikan kesihatan anak-anak dan diri anda sendiri dimasa akan datang. Mencegah lebih baik dari mengubati. Amalkan pemakanan sunnah ini semuga iannya membawa keberkatan dalam kehidupan kita sekeluarga.
Penghantaran bagi Produk Instant Gum Arabic El-Nasr dibuat melalui Pos laju. Untuk melihat tracking produk anda boleh dapati di sini.
Hakcipta Terpelihara 2016, InstantGumArabic.blogspot.com website
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)













0 comments:
Post a Comment